CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Melalui bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad dapat membantu meringankan bebanan kumpulan sasar yang mudah terjejas dengan kenaikkan ekonomi. Oleh itu, bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad hanya khas untuk digunakan bagi menampung kos perbelanjaan keperluan bulanan.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykad rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUBSIDI DIESEL INDIVIDU : CHECK STATUS SEKARANG
TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad adalah bertujuan untuk memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya sebagai kad pembayaran tanpa tunai (cashless) bagi pembelian barangan keperluan asas. Disamping itu juga, bantuan dalam MyKad adalah selamat kerana hanya pemilik Mykad sahaja yang boleh menggunakannya.
TEMPOH SAH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad setiap bulan dengan nilai sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan (RM1,200 setahun) kerana baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan sah tempoh adalah sehingga 31 Disember 2024 (Selasa) selepas dari tarikh ini bantuan akan tamat dengan serta merta.
LANGKAH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Ikuti langkah-langkah penggunaan bantuan Mykad seperti berikut :
- Sila kunjungi kedai terpilih berhampiran (rujuk kedai terpilih di sini).
- Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan.
- Seterusnya, di kaunter bayaran, sila ‘tunjukkan Mykad’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Masukan 6-digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
- Resit akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Ikuti cara check nama penerima yang layak menerima bantuan dalam MyKad sebanyak RM1200 di pautan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Kemudian, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan nombor MyKad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (Bantuan Dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.