CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Dana sebanyak RM108 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk menampung kesusahan yang dialami oleh rakyat. Oleh itu, dengan saluran bantuan sebanyak RM300 setiap bulan kepada rakyat dapat meringankan bebanan yang dihadapi.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan Mykad RM300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH RM2500 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD RM300 2024

Bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk ketua keluarga terutamanya yang berpendapatan rendah bagi menampung kos perbelanjaan keperluan asas bulanan.

BAGAIMANAKAH CARA PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM300 2024

Cara penyaluran bantuan sebanyak RM300 bukanlah melalui MyKad penerima, namun ia disalurkan menerusi aplikasi mudah alih e-Wallet. Setiap bulan, bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet yang didaftarkan oleh penerima.

BILAKAH TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM300 2024

Tarikh penyaluran bantuan sebanyak RM300 adalah tertakluk mengikut tarikh kelulusan pendaftaran pemohon. Setelah permohonan diluluskan, elaun sebanyak RM300 akan dikreditkan secara automatik setiap bulan selama tempoh 12 bulan.

BAGAIMANAKAH KAEDAH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM300 2024

Kaedah menggunakan bantuan RM300 di dalam aplikasi e-Wallet adalah seperti berikut :

  1. Apabila permohonan telah diluluskan, pemohon perlu memuat turun aplikasi e-Wallet [SELANGKAH] di dalam telefon bimbit;
  2. Akaun pemohon akan diaktifkan dan amaun bantuan (RM300) akan dimasukkan;
  3. Pemohon perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini;
  4. Kemudian, pemohon haruslah memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori kelulusan;
  5. Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR dalam aplikasi;
  6. Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi;
  7. Resit baki bayaran akan diberikan.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 2024

Ikuti cara check nama penerima bantuan RM300 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon yang telah berdaftar dengan aplikasi e-Wallet.
  4. Masukkan juga kata laluan yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline : 1-800-22-6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/pengenalan.

Leave a Comment