CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM550 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Bantuan yang khas hanya untuk rakyat yang berstatus warganegara Malaysia adalah dirangka oleh kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat disalurkan dengan nilai bantuan sehingga RM550 setiap bulan mengikut kategori penerima.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykad rm550? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM350 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MYKAD RM550 2024
Di bawah Kerajaan Pusat disalurkan Bantuan Asas Rahmah (SARA) dan di bawah Kerajaan Negeri disalurkan Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) yang mana kedua-dua bantuan adalah bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas rakyat yang kurang kemampuan setiap bulan.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM550 2024
Penerima bantuan adalah terhad kepada golongan yang kurang kemampuan dan bilangannya adalah seramai :
JENIS BANTUAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Bantuan Asas Rahmah (SARA) | 700,000 |
Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) | 30,000 |
CARA PENERIMAAN BANTUAN RM550 2024
Penerimaan bantuan adalah unik, iaitu dengan cara :
- Bantuan Asas Rahmah (SARA) :
- Disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad setiap bulan.
- Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) :
- Disalurkan secara tanpa tunai ke dalam akaun e-Wallet.
KADAR PENERIMAAN BANTUAN MYKAD 2024
Bantuan akan disalurkan kepada penerima mengikut kadar seperti berikut :
JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN DISALURKAN |
---|---|
Bantuan Asas Rahmah (SARA) | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan |
Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) | RM300 sebulan |
TARIKH & TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD RM550 2024
Setiap bantuan telah ditetapkan tarikh dan tempoh penyaluran kepada penerima, iaitu :
TARIKH SETIAP BULAN | TEMPOH PENERIMAAN | JENIS BANTUAN |
---|---|---|
Setiap 1 hari bulan | 12 bulan | Bantuan Asas Rahmah (SARA) |
Setiap 5 hari bulan | 24 bulan | Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) |
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM550 2024
Ikuti cara check nama penerima bantuan di dua (2) laman yang berbeza seperti berikut :
- Laman Check Bantuan Asas Rahmah (SARA) : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Sila layari pautan ‘Laman Bantuan Asas Rahmah’ di atas.
- Masukkan nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Laman Check Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
- Sila layari pautan ‘Laman Bantuan Kehidupan Sejahtera’ di atas.
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA : 03 7720 1800
- Talian BINGKAS : 1800 22 6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.