CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Kaedah penyaluran bantuan melalui MyKad amat disambut baik oleh penerima sebelum ini kerana dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya. oleh itu, penyaluran bantuan ke dalam MyKad akan diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai penerima daripada pelbagai kategori.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykad rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

PENERIMA KHUSUS BANTUAN MYKAD RM600 2024

Bantuan tunai yang bernilai RM600 disalurkan melalui MyKad khusus kepada penerima berstatus miskin atau miskin tegar (berpendapatan bawah RM2,500 sebulan) daripada kategori bujang yang belum berkahwin, bujang OKU dan ibubapa tunggal yang tidak memiliki anak.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM600 2024

Penyaluran bantuan RM600 ke dalam Mykad penerima adalah mengikut jadual seperti berikut :

BIL.TARIKH PENYALURANJUMLAH BANTUAN
1.22.01.2024RM50
2.01/02/2024RM50
3.01/03/2024RM50
4.01/04/2024RM50
5.01/05/2024RM50
6.01/06/2024RM50
7.01/07/2024RM50
8.01/08/2024RM50
9.01/09/2024RM50
10.01/10/2024RM50
11.01/11/2024RM50
12.01/12/2024RM50
*Secara ansur selama 12 bulan RM50 setiap bulan sehingga RM600.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM600 2024

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila kunjungi kedai terpilih berhampiran anda (rujuk di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan.
  3. Seterusnya, di kaunter bayaran, sila ‘tunjukkan Mykad anda’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi nilai bantuan atau barangan selain daripada yang diluluskan perlu dibayar secara tunai.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024

Ikuti cara check nama penerima yang layak menerima bantuan RM600 dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Dalam MyKad (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment