CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RM150 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Penyaluran bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad adalah sebuah inisiatif di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun lalu dan masih diteruskan pada tahun ini dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykad sara rm150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM150 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MYKAD SARA RM150 2024
Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan yang diberi peruntukan sepanjang tahun melalui penjimatan subsidi. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad untuk penerima di Semenanjung Malaysia bagi memenuhi keperluan rakyat yang kurang kemampuan.
SENARAI PENAMBAHBAIKAN BANTUAN MYKAD SARA 2024
Terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan, antaranya ialah :
- Memperluaskan capaian bantuan kepada lebih ramai penerima dari pelbagai kategori;
- Tidak lagi terhad kepada golongan miskin tegar sahaja (merangkumi golongan miskin serdehana dan yang bukan miskin;
- Meningkatkan kadar bantuan iaitu sebanyak RM600 dan RM1,200;
- Meluaskan penggunaan kredit MyKad kepada 13 kategori barangan yang terpilih.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RM150 2024
Berikut merupakan kategori penerima bantuan MyKad SARA yang layak :
- Kategori Isi Rumah :
- Berpasangan; atau
- Ibubapa tunggal (mempunyai anak).
- Kategori Bujang :
- Berumur 21 hingga RM59 tahun; atau
- Berumur 60 tahun ke atas (warga emas).
*Nota : Kategori penerima dibahagi mengikut kelayakan.
KADAR KELAYAKAN AMAUN BANTUAN MYKAD SARA 2024
Setiap kategori akan menerima amaun bantuan dalam MyKad yang berbeza mengikut kadar kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMA | KADAR AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan | RM100 |
Isi Rumah (Ibu/bapa tunggal) | RM100 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM50 |
Bujang (60 tahun ke atas) | RM100 |
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RM150 2024
Ikuti cara check nama penerima bantuan MyKad SARA seperti berikut :
- Sila layari Laman Rasmi Check Status SARA di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada laman tersebut, masukkan ‘Nombor MyKad’ tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status nama penerima akan segera dipaparkan.
- Seterusnya, klik butang [Kembali].
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian ini : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau melalui e-mel : [email protected].
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.