CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Dengan memperluaskan kadar bantuan MyKasih sehingga RM1,200 dan dibuka kepada lebih ramai penerima dapat meringankan bebanan yang dihadapi rakyat, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah di bandar mahupun luar bandar.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykasih 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024
Terdapat dua (2) kaedah penyaluran Bantuan MyKasih yang mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Selangor, W.P Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Perlis, P. Pinang, Kedah, Melaka, N. Sembilan dan Johor | Disalurkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan |
Sabah dan Sarawak | Disalurkan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai di cawangan BSN |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024
Penyaluran Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 juga mengikut tarikh yang ditetapkan setiap negeri seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Selangor, W.P Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Perlis, P. Pinang, Kedah, Melaka, N. Sembilan dan Johor | Bermula 22 Januari 2024 (setiap bulan) sehingga 1 Disember 2024 |
Sabah dan Sarawak | Bermula 19 Februari 2024 (dua kali setahun) akhir pada 12 Ogos 2024 |
KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman daripada pihak MyKad mengikut kaedah seperti berikut :
KAEDAH PEMAKLUMAN | KETERANGAN |
---|---|
Surat | Mengikut alamat yang didaftarkan, sesetengah penerima akan menerima surat pemakluman kelayakan menerima Bantuan MyKasih. |
Sistem SMS | Penerima akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status sebagai penerima di bawah program ini. |
Portal Rasmi MyKasih | Sekiranya tidak menerima pemakluman di atas, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan Mykasih. |
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024
Sekiranya anda tidak menerima sebarang pemakluman seperti di atas, anda perlu membuat semakan di portal rasmi MyKasih seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Check Nama Penerima Bantuan Mykasih | https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik portal rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya ingin tau macam mana nak memohon my kasih
Saya ingin tau macam mana nak memohon my kasih
How to apply Mykasih for OKU and single senior citizen? Thank you.