CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG

Salah satu bantuan yang disalurkan melalui MyKasih ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan RM100 setiap bulan kepada lebih 700,000 penerima yang layak berstatus Miskin dan Miskin Tegar dengan jumlah peruntukan sehingga RM700 juta.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA : CHECK SEKARANG

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

Penerimaan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

BILAKAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2024

Pengkreditan Bantuan MyKasih adalah secara elaun bulanan sebanyak RM100 selama setahun melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut :

TARIKH
PENGKREDITAN
JUMLAH
22 Januari 2024RM100
01 Februari 2024RM100
01 Mac 2024RM100
01 April 2024RM100
01 Mei 2024RM100
01 Jun 2024RM100
01 Julai 2024RM100
01 Ogos 2024RM100
01 September 2024RM100
01 Oktober 2024RM100
01 November 2024RM100
01 Disember 2024RM100

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKASIH 2024

Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan mengikut cara penggunaan bantuan seperti berikut :

  1. Pilih Barangan Keperluan : Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan : Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan : Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad : Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan : Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

  • Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  • Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  • Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  • Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  • Tekan butang [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment