CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna termasuk bantuan untuk Warga Emas yang kurang berkemampuan.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan warga emas rm500 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN WARGA EMAS

Berikut adalah objektif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam pemberian bantuan seperti :

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan;
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan;
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat; dan
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS

Berikut merupakan jumlah bantuan kepada Warga Emas yang diperuntukkan oleh JKM seperti di bawah :

JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS
RM500 setiap bulan (seorang warga emas)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan Warga Emas yang ditetapkan oleh pihak JKM :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di :
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN 2024

Terdapat dua (2) cara check Bantuan Warga Emas antaranya ialah dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana permohonan dibuat atau semakan secara dalam talian melalui Sistem eBantuanJKM :

  1. Sila layari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  2. Kemudian, klik pada [HUBUNGI KAMI].
  3. Pilih [Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)].
  4. Seterusnya, cari Pejabat Kebajikan Masyarakat di Daerah yang anda pohon.
  5. Hubungi nombor talian yang tertera; atau
  6. Sila layari laman sesawang Sistem eBantuan JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Status Permohonan Talian].
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruang yang disediakan.
  9. Klik butang [Semak].
  10. Status anda akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala informasi di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment