CHECK PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Melalui MyKad, pelbagai barangan asas dapur dapat dibeli setiap bulan. Dengan adanya inisiatif bantuan begini, ia dapat meringankan kos perbelanjaan barang dapur rakyat terutamanya bagi yang kurang kemampuan.

Bagaimanakah check penerima bantuan barang dapur dalam mykad rm150 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR B40 DALAM MYKAD RM1800 : CHECK SEKARANG

CARA BELI BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024

Hanya penerima yang disahkan layak boleh membeli barang dapur dengan bantuan dalam MyKad setiap bulan seperti berikut :

  • Kunjungi mana-mana kedai / pasaraya berhampiran;
  • Pilih barang dapur yang ingin dibeli mengikut label di rak harga;
  • Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk pengesahan penerima;
  • Juruwang akan mengimbas setiap kod barang dapur yang dipilih;
  • Masukkan 6-digit nombor PIN untuk pengesahan bayaran.
  • Resit untuk baki dalam MyKad akan diberikan.

WAKIL MENGGUNAKAN BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024

Penggunaan MyKad untuk pembelian barang dapur hanyalah khusus untuk pemegang MyKad sahaja, namun sekiranya penerima mewakilkan ahli keluarga untuk membuat pembelian dengan MyKad itu adalah di bawah tanggunganjawab penerima sendiri.

KESELAMATAN PEMBELIAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024

Pembelian barang dapur dengan menggunakan MyKad adalah selamat kerana hanya penerima bantuan sahaja yang mengetahui 6-digit nombor PIN. Namun sekiranya MyKad penerima rosak atau hilang, pengecualian pembelian secara manual akan diberikan sehingga MyKad baharu ada.

MASA PENGGUNAAN BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 2024

Oleh kerana bantuan dikreditkan setiap bulan, penerima yang layak boleh menggunakannya bila-bila masa dan di mana-mana 600 kedai dan pasaraya yang terpilih. Namun, pembelian perlulah mengikut jumlah yang ada di dalam MyKad dan tidak melebihi nilai tersebut.

CHECK PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara check status penerima Bantuan Barang Dapur dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari laman ‘Check Status’ rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor MyKad tanpa – (contoh : 670230115678).
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Check Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment