CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
E-Wallet adalah sebuah aplikasi yang boleh digunakan untuk pelbagai transaksi dalam talian. Oleh itu, Kerajaan melancarkan inisiatif bantuan tunai ke dalam aplikasi e-Wallet untuk memudahkan rakyat menerima serta menggunakannya secara efisyen.
Bagaimanakah check senarai nama penerima bantuan ewallet 300 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 : CHECK STATUS SEKARANG
KADAR PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024
Setiap tahun, Kerajaan menghadkan kadar penerima bantuan tunai yang disalurkan bernilai RM300 sebulan ke dalam aplikasi e-Wallet hanya untuk 30,000 individu terawal mendaftar serta mengcukupi syarat yang ditetapkan untuk menerimanya.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024
Berikut merupakan kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan dalam e-Wallet RM300 sebulan bagi tahun 2024 :
- Penerima mestilah Warganegara Malaysia sahaja;
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
- Merupakan pemilih berdaftar.
KEGUNAAN BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024
Bantuan tunai yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan ke dalam aplikasi e-Wallet hanya boleh digunakan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sebanyak RM300 di mana-mana kedai yang terpilih dan berdaftar dengan bantuan ini.
Penerima hanya boleh membeli mengikut kategori barangan yang diluluskan sahaja dan perlu mengikut amaun yang ditetapkan setiap bulan. Penerima tidak dibenarkan untuk membuat transaksi pindahan wang ataupun pengeluaran tunai kerana hanya perlu membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.
CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024
Semakan perlu dilakukan di portal rasmi semakan sahaja seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman Pertanyaan Bantuan : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.