CHECK STATUS BANTUAN 1200 EKASIH 2024 : SEMAK PENERIMA

CHECK STATUS BANTUAN 1200 EKASIH 2024 : SEMAK PENERIMA

Agensi atau kementerian yang ingin menyaluran apa sahaja bantuan kepada rakyat yang disahkan golongan miskin atau miskin tegar akan mengambil data daripada pengkalan data eKasih. Begitu juga bantuan tunai sebanyak RM1,200 akan disalurkan khas kepada yang berdaftar dengan eKasih dan mempunyai data dalam eKasih.

Bagaimanakah check status bantuan 1200 ekasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD TERBARU : SEMAK SEKARANG

APA ITU EKASIH 2024

eKASIH merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 EKASIH 2024

Bantuan tunai sebanyak RM1,200 adalah khas untuk penerima yang menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN 1200 EKASIH 2024

Berikut merupakan kategori penerima bantuan tunai RM1,200 eKasih bagi tahun 2024 :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1,200
WARGA EMASRM1,200

CHECK STATUS BANTUAN 1200 EKASIH 2024

Ikuti cara check status bantuan tunai RM1,200 di portal eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.

Leave a Comment