CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 2 2024 : SEMAK TARIKH BAYARAN SEKARANG

CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 2 2024 : SEMAK TARIKH BAYARAN SEKARANG

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa bayaran bantuan STR fasa kedua akan dikreditkan sebelum menjelang perayaan Aidilfitri iaitu bermula pada 3 April 2024 (Jumaat) secara berperingkat sehingga 9 April 2024 (Selasa) mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah check status bantuan str fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 2 : CHECK SEKARANG

JUMLAH KREDIT STR FASA 2 2024

Pengkreditan Bantuan STR fasa kedua akan disalurkan mengikut jumlah yang berbeza kepada setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM100

TARIKH KREDIT BANTUAN STR FASA 2 2024

Bantuan STR fasa kedua akan dikreditkan mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH KREDIT
Mempunyai akaun bank3 hingga 9 April 2024
Tidak mempunyai akaun
bank (termasuk Sabah
dan Sarawak)
Bermula 3 April 2024

KAEDAH KREDIT BANTUAN STR FASA 2 2024

Terdapat dua (2) kaedah pengkreditan bantuan STR bagi 2024 seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH KREDIT
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima
Tidak mempunyai akaun
bank (termasuk Sabah
dan Sarawak)
Diberikan secara tunai
di cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)

CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 2 2024

Penerima boleh membuat semakan (check) status permohonan pada laman rasmi seperti berikut :\

  1. Sila layari portal rasmi MySTR LHDNM; atau klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment