CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG
Mengikuti arus perkembangan kini, kerajaan mengambil inisiatif yang baru dalam menyalurkan bantuan secara tanpa tunai iaitu dengan menggunakan Mykad dan mana-mana penerima boleh terus menggunakannya untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah check status penerima bantuan 150 mykad terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD TERBARU RM300 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Berikut merupakan bilangan penerima bantuan MyKad yang terbaru :
JENIS PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Penerima Lama | 0.2 juta |
Penerima Terbaru | 0.7 juta |
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Terdapat empat (4) kategori penerima bantuan Mykad yang terbaru, iaitu :
- Isi rumah berpasangan;
- Ibubapa tunggal;
- Warga emas;
- Bujang.
AMAUN BANTUAN DISALURKAN DALAM MYKAD TERBARU 2024
Setiap penerima akan menerima bantuan dalam Mykad mengikut amaun yang ditetapkan seperti berikut :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN DITERIMA |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Berpasangan | RM100 |
2. | Ibubapa Tunggal | RM100 |
3. | Warga Emas | RM100 |
4. | Bujang | RM50 |
CARA MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman seperti berikut :
- Melalui Surat Pemakluman : Hanya sesetengah penerima akan menerima surat mengikut alamat yang didaftarkan.
- Melalui Pesanan Ringkas SMS : Sesetengahnya lagi akan menerima pesanan SMS / Whatsapp.
- Melalui Portal Rasmi : Sekiranya tidak menerima apa-apa makluman, perlu disemak status melalui portal rasmi.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD TERBARU 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan Mykad yang terbaru di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi ‘Check Status’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.