CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 SECARA ONE OFF 2024 : SEMAK SEKARANG
Sebagai bantuan persediaan awal untuk menyambut bulan Ramadhan, Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan sebanyak RM500 secara one-off (sekaligus) kepada rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya kepada rakyat yang beragama Islam.
Bagaimanakah check status penerima bantuan awal ramadhan rm500 secara one off? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG
STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 SECARA ONE OFF 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan setiap penerima seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
- Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 SECARA ONE OFF 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima Bantuan Awal Ramadhan sebanyak RM500 secara one-off (sekaligus) bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H secara berperingkat mengikut kelayakan penerima.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 SECARA ONE OFF 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan Awal Ramadhan yang bakal diagihkan secara one-off sebanyak RM500 kepada penerima yang layak seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MAIWP; atau klik pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
- Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
- Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
- Klik pada butang [Sign in].
- Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
- Talian MAIWP: 03-2639 9000
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.
Ok tq
Dapat