CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM600 2024 : SEMAK SEKARANG
Hanya khas untuk individu yang bukan terdiri daripada golongan T20 akan layak menerima pelbagai bantuan kewangan daripada Kerajaan. Sepanjang tahun ini, bantuan kewangan akan disalurkan secara elaun bulanan dengan nilai sehingga RM600 setiap bulan untuk menampung ekonomi sesebuah keluarga.
Bagaimanakah check status penerima bantuan dalam MyKad RM600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 200 MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN DALAM MYKAD RM600 2024
Bantuan yang bernilai RM600 adalah gabungan daripada tiga program bantuan yang berbeza oleh Kerajaan. Namun, ia disalurkan secara elaun bulanan melalui pelbagai kaedah penyaluran bagi memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya.
Antara program bantuan yang terlibat adalah Bantuan MyKASIH, Bantuan BINGKAS dan juga Bantuan BUDI. Ketiga-tiganya mempunyai misi yang sama iaitu untuk membantu meringankan bebanan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
KADAR PEMBAHAGIAN BANTUAN DALAM MYKAD RM600 2024
Bantuan yang bernilai RM600 akan dibahagi kepada tiga mengikut jenis program bantuan, iaitu :
JENIS PROGRAM BANTUAN | KADAR AMAUN |
---|---|
Program MyKASIH | RM100 setiap bulan |
Program BINGKAS | RM300 setiap bulan |
Program BUDI | RM200 setiap bulan |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN RM600 2024
Tidak kesemua program bantuan ini disalurkan ke dalam MyKad. Ia akan disalurkan mengikut kaedah yang berbeza seperti berikut :
JENIS PROGRAM BANTUAN | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Program MyKASIH | Secara tanpa tunai melalui MyKad penerima |
Program BINGKAS | Secara tanpa tunai melalui aplikasi eWallet |
Program BUDI | Secara tunai melalui akaun bank atau tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN RM600 2024
Tarikh penyaluran bantuan juga berlainan mengikut program. Namun ia akan disalurkan setiap bulan seperti berikut :
KADAR AMAUN | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
RM100 | Setiap 1 hari bulan (Januari hingga Disember 2024) |
RM300 | Setiap bulan mengikut tarikh kelulusan permohonan |
RM200 | Bermula 10 dan 19 Jun 2024 seterusnya setiap bulan mengikut kelulusan permohonan |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM600 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan RM600 di tiga (3) portal yang berbeza seperti berikut :
- Portal Semakan Bantuan MyKASIH : https://mykasih.com.my/.
- Sila klik pada pautan portal semakan MyKASIH di atas.
- Pada halaman utama MyKASIH, klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Portal Semakan Bantuan BINGKAS : https://www.bingkasselangor.com/.
- Sila klik pada pautan portal semakan BINGKAS di atas.
- Kemudian pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Masukkan juga kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Portal Semakan Bantuan BUDI : https://budimadani.gov.my/Default.aspx.
- Sila klik pada pautan portal semakan BUDI di atas.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format seperti : 600101035510.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status penerima akan terus dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH, BINGKAS dan BUDI MADANI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKASIH : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Talian BINGKAS : 1-800-22-6600
- Talian BUDI : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ , https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan dan https://budimadani.gov.my/Default.aspx.