CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : SEMAK SEKARANG
Golongan pendapatan rendah (B40) khususnya akan menerima bantuan tunai RM300 melalui aplikasi e-Wallet. Inisiatif ini diperkenalkan adalah bagi memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai.
bagaimanakah check status penerima bantuan ewallet b40 rm300? Ikuti penjelasna lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH APRIL : SEMAK SEKARANG
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang diperoleh penerima daripada bantuan ini :
- Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
- RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
- Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024
Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM300 dalam aplikasi e-Wallet dan boleh menggunakannya mengikut langkah seperti berikut :
LANGKAH | KETERANGAN PENGGUNAAN |
---|---|
1. | Kunjungi kedai yang terpilih (rujuk senarai kedai DI SINI) |
2. | Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan |
3. | Sila imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan. |
4. | Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli. |
5. | Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran. |
6. | Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran. |
7. | Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran. |
8. | Resit pembelian akan diberikan bersama baki bantuan. |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024
Setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkreditkan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet penerima yang telah mendaftar mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan RM300 dalam aplikasi e-Wallet seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan nama penerima di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian pada halaman utama bantuan, sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.
Kenapa str saya tak ada masuk dlm BSN saya