CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM400 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Dirangka khas untuk membantu meringankan bebanan golongan B40, bantuan yang disalurkan secara ansur setiap bulan sebanyak RM400 diyakin dapat meningkatkan kestabilan kewangan serta mengurangkan cabaran ekonomi B40.
Bagaimanakah check status penerima bantuan eWallet B40 RM400? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM350 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
HAD PENYALURAN BANTUAN EWALLET RM400 B40 2024
Penyaluran bantuan melalui eWallet kepada B40 adalah mengikut had yang ditetapkan seperti jadual berikut :
AMAUN BANTUAN | TEMPOH HAD PENYALURAN |
---|---|
RM300 | Sebulan |
+tambahan RM100 | Sebulan |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40 RM400 2024
Penyaluran bantuan RM400 kepada B40 adalah melalui dua (2) kaedah berbeza, iaitu :
AMAUN BANTUAN | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
RM300 | Tanpa tunai melalui eWallet |
+tambahan RM100 | Tanpa tunai melalui kad pengenalan |
LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET B40 2024
Setelah penerima diluluskan, penerima boleh menggunakan bantuan melalui eWallet mengikut langkah seperti berikut :
- Penerima perlu memuat turun aplikasi eWallet ‘SELANGKAH’.
- Kemudian, penerima haruslah mengunjungi premis yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas mengikut kategori yang diluluskan.
- Seterusnya, juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut kategori.
- Penerima perlu membuka akaun eWallet dan klik pada butang [Bayar].
- Kod QR akan dipaparkan dan juruwang akan mengimbasnya untuk transaksi bayaran.
- Resit pembelian akan diberikan untuk semakan penerima.
*Nota : Penerima bantuan dalam eWallet tidak boleh membuat pengeluaran tunai.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM400 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan RM400 melalui dua (2) portal berbeza seperti berikut :
- Portal Check Status Bantuan eWallet : https://www.bingkasselangor.com/.
- Sila layari portal check status di atas.
- Kemudian pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Masukkan juga kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Portal Check Status Bantuan Tambahan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Sila layari portal check status di atas.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan eWallet : 1-800-22-6600
- Talian bantuan tambahan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.