CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET MADANI RM150 2024 : SEMAK SEKARANG
Masyarakat pada masa kini ramai yang memilih untuk membuat pembelian secara tanpa tunai dengan pelbagai kaedah melalui kod QR e-Wallet mahupun dengan menggunakan kad bank (paywave). Oleh itu, kerajaan Madani juga mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) kepada rakyat Malaysia.
Bagaimanakah check status penerima bantuan ewallet madani rm150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK MYSALAM BANTUAN RM700 B40 : SEMAK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI 2024
Bantuan eWallet Madani adalah merupakan sebuah inisiatif tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet penerima yang boleh dibelanjakan secara fizikal di mana-mana kedai yang mempunyai penyediaan perkhidmatan tanpa tunai dengan menggunakan kod QR e-Wallet.
Namun bantuan eWallet Madani ini telah diberikan pada bulan Disember tahun lalu sehingga ke bulan Februari tahun ini. Kini, kerajaan telah menggantikan bantuan tersebut ke dalam kad pintar (IC) yang juga secara tanpa tunai.
JUMLAH KREDIT BANTUAN EWALLET MADANI 2024
Menurut jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet yang lalu adalah sebanyak RM100 bagi semua golongan termasuk yang berkeluarga mahupun bujang. Namun bagi pengkreditkan kali ini pula adalah dikreditkan sebanyak RM50 bagi bujang dan RM100 bagi yang berkeluarga.
JUMLAH BANTUAN | GOLONGAN PENERIMA |
---|---|
RM50 | Bujang |
RM100 | Berkeluarga |
TARIKH KREDIT BANTUAN EWALLET MADANI RM150 2024
Pengkreditan Bantuan eWallet Madani hanyalah sehingga pada 20 Februari 2024 yang lalu sahaja. Namun, bagi bantuan yang terbaru ini masih lagi dikreditkan ke dalam kad pintar penerima setiap bulan sehingga pada penghujung bulan Disember 2024.
TARIKH KREDIT | PENGKREDITAN MELALUI |
---|---|
Sehingga 20/02/2024 | Akaun e-Wallet |
Sehingga 31/12/2024 | Akaun kad pintar (IC) |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET MADANI RM150 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan e-Wallet Madani tanpa tunai seperti berikut :
- Sila layari laman check status rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Bahagian check status akan dipaparkan.
- Isikan ruangan Nombor MyKad* tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Check Status] di bawah.
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Bantuan Rm50 bagi bujang dan penganggur macam saya ini kira oklah jika di akaun E-wallet TnG seperti yang lepas