CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Khas untuk Warganegara yang beralamat di Semenanjung Malaysia, inisiatif bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sebanyak RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang terpilih dengan bantuan ini di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah check status penerima bantuan mykad 100 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad RM100 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan dalam MyKad seperti langkah berikut :

  1. Sila kunjungi kedai yang terpilih (Rujuk senarai kedai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
  2. Pilih barangan yang diluluskan (Barangan keperluan asas yang terlibat akan dilabel untuk rujukan penerima).
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang untuk disemak status penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar menggunakan Mykad (Masukkan 6 digit PIN MyKad anda di kaunter bayaran).
  6. Simpan resit untuk rujukan baki.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh pengkreditan bantuan RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima seperti jadual berikut :

TARIKH
PENGKREDITAN
22 Jan 2024
01 Feb 2024
01 Mac 2024
01 Apr 2024
01 Mei 2024
01 Jun 2024
01 Jul 2024
01 Ogs 2024
01 Sep 2024
01 Okt 2024
01 Nov 2024
01 Dis 2024
*Nota : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Untuk check status, boleh dilakukan melalui portal rasmi seperti berikut :

  • CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG”

  1. Amat memberi manafaat yang terbaik buat warga Malaysia yang berpendapatan rendah untk berbelanja di Era kenaikan harga barang keperluan dan situasi ekonomi negara baru mula untuk memberi effektif yang terbaik

    Reply

Leave a Comment