CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024 : SEMAK SEKARANG
Ramai di antara rakyat Malaysia yang terkesan akan kenaikan harga barang dapur. Kerajaan prihatin akan kesusahan yang dialami rakyat. Oleh itu, Kerajaan memperuntukan bantuan khas yang dikreditkan ke dalam Mykad penerima untuk membeli barang dapur di kedai-kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia dengan bayaran hanya menggunakan MyKad masing-masing sahaja.
Bagaimanakah check status penerima bantuan mykad untuk beli barang dapur? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD : CHECK SEKARANG
AMAUN BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Kerajaan telah memperuntukan amaun bantuan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Miskin Tegar | Isi Rumah / IbuBapa Tunggal : RM1,200. Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,200. Bujang : RM600. |
Miskin | Isi Rumah / IbuBapa Tunggal : RM1,200. Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,200. Bujang : RM600. |
Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar | Isi Rumah / IbuBapa Tunggal : RM300. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150. Bujang : RM150. |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Pembayaran bantuan akan disalurkan ke dalam Mykad penerima setiap bulan mengikut amaun seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar beralamat di Semenanjung Malaysia | -Isi Rumah akan dikreditkan RM100 setiap bulan. -Warga Emas juga akan dikreditkan RM100 setiap bulan. -Bujang akan dikreditkan RM50 setiap bulan. |
Miskin & Miskin Tegar beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | -Isi Rumah akan dikreditkan RM600 setiap bulan. -Warga Emas juga akan dikreditkan RM600 setiap bulan. -Bujang akan dikreditkan RM300 setiap bulan. |
Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar | Akan diberitahu dari semasa ke semasa. |
KAEDAH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR
- Sila kunjungi kedai yang terpilih (Rujuk senarai kedai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan yang diluluskan (Barangan keperluan asas yang terlibat akan dilabel untuk rujukan penerima).
- Tunjukan MyKad anda kepada juruwang untuk disemak status penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar menggunakan Mykad (Masukkan 6 digit PIN MyKad anda di kaunter bayaran).
- Simpan resit untuk rujukan baki.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Berikut merupakan cara check status penerima Bantuan MyKad di Portal Rasmi seperti di bawah :
PAUTAN PORTAL RASMI CHECK STATUS |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Check Status di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.