CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI 2024 : SEMAK SEKARANG

MySARA atau rasminya diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun ini. Ia disalurkan secara berperingkat mengikut fasa setiap bulan dan kini adalah fasa bulan Julai.

Bagaimanakah check status penerima bantuan MySARA RM150 fasa Julai? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : SEMAK SEKARANG

PROSES PENERIMAAN BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI 2024

Berikut merupakan proses penerimaan bantuan MySARA bagi fasa Julai :

  1. Setelah permohonan diluluskan, penerima akan didaftarkan di bawah sistem MySARA;
  2. Kemudian, akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima;
  3. MySARA akan mengkreditkan bantuan ke dalam kad pengenalan penerima;
  4. Seterusnya, penerima akan menerima elaun bantuan dan boleh terus menggunakannya.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI 2024

Kementerian Kewangan (MOF) telah menjadualkan bahawa tarikh penerimaan bantuan MySARA bagi fasa Julai adalah bermula pada 1 Julai 2024 (Isnin) dan secara berperingkat mengikut kelayakan sehingga selesai bagi bulan Julai ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI 2024

Pembayaran bantuan MySARA bagi fasa Julai ini adalah mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN FASA JULAI
ISI RUMAHRM100
WARGA EMASRM100
BUJANGRM50

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA FASA JULAI 2024

Bantuan MySARA adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat atau menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 tahun ke atas;
  • Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; serta
  • Berdaftar dalam pengkalan data e-Kasih.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI 2024

Bagaimanapun untuk mengetahui status kelayakan, ikuti cara check status penerima bantuan MySARA bagi fasa Julai di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari laman Check Status Bantuan MySARA di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel: [email protected].

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/

Leave a Comment