CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SEBULAN DALAM MYKAD 2024 DIBUKA : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SEBULAN DALAM MYKAD 2024 DIBUKA : SEMAK SEKARANG

Terkini, bantuan Sara Rahmah telah mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula pada 22 Januari 2024 bagi penerima di Semenanjung Malaysia. Bantuan Sara Rahmah ini telah ditambahbaik bagi tahun 2024 untuk penerima miskin tegar, miskin dan bukan miskin / miskin tegar. Manakala sebelum ini hanya diberikan kepada miskin tegar sahaja.

Bagaimanakah check status penerima bantuan sara rahmah rm100 sebulan dalam mykad 2024 dibuka? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH BUJANG RM50 SEBULAN : CHECK SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SEBULAN DALAM MYKAD 2024

Berikut merupakan senarai penerima bantuan Sara Rahmah yang dikreditkan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 sebulan pada tahun 2024 adalah mengikut kategori seperti di bawah :

BIL.KATEGORI PENERIMA
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
2.Warga Emas Tiada Pasangan

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH

Berikut merupakan kaedah pelaksanaan bantuan Sara Rahmah untuk penerima Semenanjung Malaysia :

  1. Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  2. Penerima yang diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
  5. Boleh digunakan lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas (Rujuk di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SEBULAN DALAM MYKAD

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SEBULAN DALAM MYKAD 2024

Terdapat dua (2) kaedah check status penerima bantuan Sara Rahmah di Portal yang bebeza seperti berikut :

PORTAL RASMI
MySTR
PORTAL RASMI
MyKASIH
https://bantuantunai.hasil.gov.my/defaulthttps://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada salah satu (1) pautan di atas.
  2. Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Klik pada butang [Log Masuk] / [Semakan Status].
  4. Masukkan kata laluan dengan betul pada Portal MySTR. Manakala pada Portal MyKasih status anda akan dipapar.
  5. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  7. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment