CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024 : SEMAK SEKARANG
Hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi akan disalurkan kepada rakyat Malaysia sebagai bentuk bantuan tunai. Bagi tahun 2024 ini, Kerajaan telah memperuntukan lebih banyak bantuan tunai berbanding tahun sebelum ini bagi membantu lebih ramai rakyat terkesan akan ekonomi.
Bagaimanakah check status penerima bantuan tunai hasil? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH RM500 : SEMAK STATUS SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Jika sebelum ini hanya 8.2 juta rakyat Malaysia sahaja yang dapat menikmati bantuan ini. Namun bagi tahun ini, Kerajaan memperuntukan kepada lebih ramai penerima mengikut kategori seperti jumlah berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.1 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 1.0 juta |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta |
Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.3 juta |
KADAR BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Setiap penerima akan menerima Bantuan Tunai Hasil mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN 2024 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM1,000 (Tiada anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM500 (Tiada anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Bantuan Tunai Hasil akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat seperti tarikh berikut :
TARIKH | FASA |
---|---|
29 Januari 2024 – 02 Februari 2024 | Fasa1 |
April 2024 | Fasa2 |
Ogos 2024 | Fasa3 |
November 2024 | Fasa4 |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Ikuti cara check status penerima yang layak menerima Bantuan Tunai Hasil di pautan seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Check Status Penerima Bantuan Tunai Hasil 2024 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.