CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM450 2024 : SEMAK SEKARANG
Tahap cabaran ekonomi setiap individu yang memiliki pendapatan yang rendah pastinya agak mencabar di masa kini yang mana terdapat sedikit sebanyak kenaikkan harga barangan. Oleh itu, bantuan tunai MyKasih diperuntukan bagi mengurangi bebanan ekonomi rakyat.
Bagaimanakah check status penerima bantuan tunai mykasih rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN DALAM MYKAD RM600 TERBARU : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM450 2024
Bantuan tunai MyKasih RM450 hanya terhad kepada kategori-kategori berikut :
BIL. | KATEGORI PENERIMA |
---|---|
1. | Bujang OKU |
2. | Bujang belum berkahwin |
3. | Balu (tiada anak) |
4. | Duda / Janda (tiada anak) |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN TUNAI MYKASIH RM450 2024
Pelaksanaan bantuan tunai MyKasih adalah mengikut kaedah setiap negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu & Johor. | Dilaksanakan secara ansur setiap bulan secara tanpa tunai ke dalam akaun kad pengenalan penerima untuk membeli barang keperluan. |
JADUAL SUMBANGAN BANTUAN TUNAI MYKASIH RM450 2024
Sumbangan bantuan MyKasih bernilai RM450 adalah mengikut jadual berikut :
BIL. | JADUAL SUMBANGAN | JUMLAH DISUMBANGKAN |
---|---|---|
1. | April 2024 | RM50 |
2. | Mei 2024 | RM50 |
3. | Jun 2024 | RM50 |
4. | Julai 2024 | RM50 |
5. | Ogos 2024 | RM50 |
6. | September 2024 | RM50 |
7. | Oktober 2024 | RM50 |
8. | November 2024 | RM50 |
9. | Disember 2024 | RM50 |
= RM450 |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM450 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan Tunai MyKasih di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Pada halaman utama portal, sila tekan pada [SEMAK STATUS].
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan di ruangan [Nombor MyKad*].
- Seterusnya, tekan pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Setelah selesai, tekan pada butang [Kembali].
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.