CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024 : SEMAK SEKARANG
Sebahagian bantuan MyKasih bernilai RM600 adalah khusus untuk disalurkan kepada rakyat secara pengkreditan tunai. Dengan bantuan tunai ini dapat digunakan oleh rakyat dalam pelbagai kegunaan sekaligus dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.
Bagaimanakah check status penerima bantuan tunai mykasih rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM1200 BULANAN MYKASIH : CHECK SEKARANG
CARA KREDIT BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024
Pengkreditan bantuan MyKasih bernilai RM600 adalah mengikut cara seperti berikut :
CARA KREDIT | KETERANGAN |
---|---|
Pengkreditan terus ke akaun bank | Akan dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Secara tunai di cawangan BSN | Perlu diambil tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional sekiranya tiada sebarang maklumat perbankan. |
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024
Penerima akan menerima pengkreditan bantuan tunai MyKasih bernilai RM600 mengikut tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Pengkreditan Bantuan Tunai MyKasih RM600 | Bermula 12 Ogos 2024 secara berperingkat |
STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024
Berikut merupakan status kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan tunai MyKasih RM600 :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Sabah atau Sarawak;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkeluarga (mempunyai tanggungan);
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024; dan
- Berdaftar sebagai penerima Miskin.
CARA MENGETAHUI STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman seperti berikut :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman Mykasih mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan untuk mengesahkan status sebagai penerima di bawah program Mykasih ini; atau
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi Mykasih.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan tunai RM600 di portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Mykasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.