CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : SEMAK SEKARANG

Setiap daripada hasil penjimatan subsidi, Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Bantuan yang disalurkan adalah bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah check status penerima bantuan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Pengkreditan Bantuan Tunai Rahmah adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan penerima seperti kaedah berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH PENGKREDITAN
Sumbangan Tunai RahmahBagi penerima yang mempunyai akaun bank
akan dikreditkan ke dalam akaun bank /
disalurkan secara tunai di cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN).
Sumbangan Asas RahmahBagi penerima di Semenanjung Malaysia akan
dikreditkan ke dalam MyKad penerima /
bagi penerima di Sabah, Sarawak dan W.P
Labuan akan dikreditkan secara tunai ke
dalam akaun bank atau di BSN.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Pengkreditan Bantuan Tunai Rahmah adalah mengikut jadual seperti tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH PENGKREDITAN
Sumbangan Tunai RahmahFasa 1 : 29 Jan – 02 Feb 2024
2 : April 2024
3 : Ogos 2024
4 : November 2024
Sumbangan Asas RahmahPenerima Semenanjung Malaysia :
setiap bulan dikreditkan secara automatik
22 Jan 2024 sehingga 1 Disember 2024.
Penerima Sabah dan Sarawak :
dua (2) kali setahun pada
19 Feb 2024 dan 12 Ogos 2024.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Bantuan Tunai Rahmah disalurkan mengikut kategori kelayakan seperti jumlah berikut :

  1. Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Tiada anak : RM1,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
    • 1-2 anak : RM1,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
    • 3-4 anak : RM2,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
    • 5 ke atas : RM2,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
  2. Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500 dan tambahan RM300.
    • 1-2 anak : RM750 dan tambahan RM300.
    • 3-4 anak : RM1,000 dan tambahan RM300.
    • 5 ke atas : RM1,250 dan tambahan RM300.
  3. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM600 dan tambahan RM150 atau RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
  4. Kategori Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan :
    • RM350 dan tambahan RM150 atau RM600 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Ikuti cara check status penerima Bantuan Tunai Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf (Page 43 & 44).

Leave a Comment