CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

Pengkreditan Bantuan Tunai STR bagi Fasa 1 pada tahun 2024 adalah telah diawalkan daripada jangkaan dan perancangan sebelum ini. Disamping itu juga, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM2.1 billion kepada 8.2juta penerima yang layak dalam setiap kategori.

Bagaimanakah cara check status penerima bantuan tunai str fasa 1? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 BUJANG : CHECK SEKARANG

STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR

Kelayakan penerima adalah berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000;
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
  2. Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.
  3. Kategori Bujang :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 1 2024

Berikut merupakan jumlah penerima mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti di bawah :

KATEGORIJUMLAH
PENERIMA
Isi Rumah (<RM2,500)2.8 juta
Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)1.0 juta
Warga Emas Tiada Pasangan1.3 juta
Bujang3.1 juta

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR FASA 1 2024

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 1 bagi tahun 2024 telah diumumkan seperti jadual di bawah :

TARIKH
PENERIMAAN
KAEDAH
PENERIMAAN
29 Januari 2024 – 2 Februari 2024Bagi penerima yang mempunyai
akaun bank akan dikreditkan
terus ke dalam akaun bank yang
telah didaftarkan.
Bermula 29 Januari 2024Bagi penerima yang tiada akaun
bank, akan diberi secara tunai
melalui cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN).

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 1 2024

Ikuti cara check status penerima bantuan tunai STR untuk fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ (Bahagian ‘Makluman Terkini’).

5 thoughts on “CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment