CHECK STATUS STR 2025 : SEMAK BAYARAN FASA 1
Mengikut rekod peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai oleh kerajaan, peruntuk untuk tahun 2025 adalah yang tertinggi iaitu sebanyak RM13 billion yang akan dimanfaatkan oleh 9 juta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah check status str bayaran fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU STR 2025
STR atau rasminya dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan tunai disalurkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada penerima mengikut kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000. 1 – 2 anak : RM1,500. 3 – 4 anak : RM2,000. 5 ke atas : RM2,500. |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500. 1 – 2 anak : RM750. 3 – 4 anak : RM1,000. 5 ke atas : RM1,250. |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Lazimnya pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat melalui empat (4) fasa keseluruhan dan fasa pertama (1) dijangka akan dibayar pada seawal bulan Februari 2025 atau lebih awal dari jangkaan.
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bayaran Bantuan STR Fasa 1 2024 | Februari 2025 |
CHECK STATUS STR 2025
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan STR bagi fasa pertama (1), ikuti cara check status di bawah :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.