CHECK STATUS STR FASA 2 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS STR FASA 2 2024 : SEMAK SEKARANG

Bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini dan kini bilangan penerima yang layak adalah seramai 8.4 juta.

Bagaimanakah check status str fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 2 ONLINE : CHECK SEKARANG

PENGENALAN STR 2024

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan subsidi bersasar disalurkan secara berperingkat mengikut fasa khas untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana-rendah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kini adalah bayaran bantuan STR fasa kedua yang dijanjikan oleh Kerajaan untuk menyalurkan sebelum sambutan perayaan Aidilfitri pada bulan April 2024. Setiap penerima akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.

JUMLAH PENERIMA STR FASA 2 2024

Berikut merupakan perbandingan jumlah penerima STR fasa 1 dan fasa 2 yang mengambil kira permohonan baharu dan kemaskini status penerima yang baharu :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
STR FASA 1
JUMLAH
PENERIMA
STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
2.8 juta3.0 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta0.9 juta
Warga Emas Tiada
Pasangan
1.3 juta1.2 juta
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.1juta3.3 juta

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran penuh STR dan jumlah bayaran mengikut fasa :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BAYARAN
PENUH STR
JUMLAH
BAYARAN
STR FASA 1
JUMLAH
BAYARAN
STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM1,000
hingga
RM2,500
RM500
(semua)
RM150
hingga
RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500
hingga
RM1,250
RM100
hingga
RM300
RM100
hingga
RM300
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600RM150RM150
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350RM100RM100
*Bayaran isi rumah adalah bergantung kepada bilangan anak.

CHECK STATUS STR FASA 2 2024

Ikuti cara check status penerima bantuan STR fasa kedua di laman rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%202%2001042024%20(Final).pdf.

Leave a Comment