CHECK STR FASA 2 : SEMAK TARIKH RASMI BAYARAN

CHECK STR FASA 2 : SEMAK TARIKH RASMI BAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Bantuan ini diberikan secara berperingkat sepanjang tahun dan disalurkan mengikut kategori serta kelayakan penerima yang telah ditetapkan.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan rakyat yang layak dapat memperoleh sedikit kelegaan dalam perbelanjaan harian mereka, sekaligus membantu meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

BACA JUGA DI SINI : RASMI TARIKH TERBARU KEMASKINI STR 2025 : KEMASKINI ONLINE

Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka pada tarikh seperti berikut :

PERKARA TARIKH BAYARAN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa Kedua (2)
Bermula 3 April 2025

Nota : Namun jika terdapat sebarang perubah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) yang terkini, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan kadar keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :

Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500

  • Tiada anak : RM1,000
  • 1 hingga 2 anak : RM1,500
  • 3 hingga 4 anak : RM2,000
  • 5 anak ke atas : RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • Tiada anak : RM500
  • 1 hingga 2 anak : RM750
  • 3 hingga 4 anak : RM1,000
  • 5 anak ke atas : RM1,250
  • Warga Emas Tiada pasangan RM600
  • Bujang RM600

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah berbeza bagi setiap penerima sedia ada dan baharu. Justeru itu, setiap penerima perlu membuat semakan status kelayakan bayaran Fasa kedua (2) di laman rasmi STR.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANK

Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank
yang didaftarkan semasa permohonan STR

PENERIMA TIADA AKAUN BANK

Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah dan Sarawak

CHECK STR FASA 2

Ikuti panduan check str fasa 2, status kelayakan penerima bayaran STR fasa kedua seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment