CHECK STR FASA 2 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK STR FASA 2 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan tunai yang disalurkan kepada golongan B40 dan M40 secara berfasa dan berperingkat sepanjang tahun. Namun, pengkreditan setiap fasa pastinya yang ditunggu oleh penerima. Dijangka hampir 9 juta rakyat yang bakal menerima STR fasa kedua ini.

Bagaimanakah cara check str fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

JADUAL BAYARAN STR 2024

Pembayaran bantuan STR bagi tahun 2024 adalah mengikut kelayakan penerima seperti jadual berikut :

TARIKH
PERMOHONAN
TARIKH
PEMBAYARAN
KELAYAKAN
FASA
1 Nov 2023 –
30 Nov 2023
Feb / Apr / Ogs / NovFasa 1,2,3 & 4
1 Dis 2023 –
29 Feb 2024
Apr / Ogs / NovFasa 2,3 & 4
1 Mac 2024 –
30 Jun 2024
Ogs / NovFasa 3 & 4
1 Jul 2024 –
30 Sep 2024
NovFasa 4

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran STR Fasa kedua tahun 2024 yang dijangka akan diagihkan kepada penerima yang layak mengikut kategori :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
STR FASA 2
BIL.
PENERIMA
ISI RUMAHRM3004.0 juta
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1001.2 juta
BUJANGRM1003.5 juta
*Jumlah setiap penerima adalah berbeza tertakluk kepada pindaan semasa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2024

Pembayaran Bantuan STR fasa kedua bagi tahun 2024 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Bayaran STR Fasa 2 2024Awal bulan April 2024
*Dijangka dua (2) minggu sebelum menjelang hari raya Aidilfitri 2024.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2024

Berikut merupakan kaedah pembayaran Bantuan STR Fasa kedua mengikut kaedah seperti di bawah :

  1. Dikreditkan terus ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan; atau
  2. Pembayaran akan dilakukan secara tunai (di BSN) sekiranya :
    • Tiada maklumat akaun bank pemohon.
    • Status pengkreditan gagal kredit.

CHECK STR FASA 2 2024

Bagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan status bayaran STR fasa kedua di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Check STR Fasa 2 2024https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.ikerajaan.com/bantuan-str-fasa-2-tarikh-jumlah-bayaran-dikreditkan.html.

Leave a Comment