CHECK STR FASA 3 2025 : TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menyokong golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
STR akan diteruskan dengan pelaksanaan pembayaran Fasa 3, yang dijangka akan memberikan manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Bantuan ini disalurkan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan bagi golongan B40 dan M40, termasuk isi rumah, warga emas, serta individu bujang.

Berikut adalah lebih lanjut mengenai bantuan STR fasa 3.
Baca Juga : SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
KATEGORI PENERIMA STR FASA 3 2025
Berikut adalah kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 :
- Isi Rumah
- Pasangan berkahwin (dengan atau tanpa anak)
- Ibu bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang mempunyai anak
- Warga Emas
- Bujang atau ibu bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak, berumur 60 tahun ke atas
- Bujang
- Individu berumur 21 hingga 59 tahun
- Bujang (OKU) berumur 19 tahun ke atas
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2025
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) (Tiada Anak) | RM1,000 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) (1 – 2 Anak) | RM1,500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) (3 – 4 Anak) | RM2,000 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) (5 Anak ke atas) | RM2,500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501-RM5,000) (Tiada Anak) | RM500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501-RM5,000) (1 – 2 Anak) | RM750 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501-RM5,000) (3 – 5 Anak) | RM1,000 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501-RM5,000) (5 Anak ke atas) | RM1,250 |
Warga Emas (Tiada pasangan berumur 60 tahun ke atas) | RM600 |
Bujang (Berumur 21-59 tahun) | RM600 |
SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2025
Anda boleh menyemak status pembayaran dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Tekan butang “Log Masuk“.
- Masukkan kata kunci keselamatan.
- Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
- Klik “Maklumat Bayaran” untuk melihat jumlah pembayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
- Contoh Paparan :

TARIKH / JADUAL BAYARAN STR FASA 3
Tarikh pembayaran STR bagi Fasa 1, 2, 3, dan 4 untuk tahun 2025 adalah seperti berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : 24 Mac 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga dijadualkan pada Ogos 2025 dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Namun, pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh ini secara rasmi.
NOTA : Tarikh di atas akan dikemas kini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan daripada kerajaan.
KADAR / JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Jumlah bantuan untuk Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah Miskin Tegar (5 anak) : RM700 – RM1,200
- Isi Rumah Biasa : RM300 – RM600
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM200 – RM300
- Bujang : RM100 – RM150
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-8882 4565
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat