DAFTAR BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program bantuan di bawah Mykasih ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI
Bagaimanakah daftar bantuan mykasih 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR : SEMAK SEKARANG
KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN
Pendaftaran bantuan Mykasih RM100 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.
KAEDAH PEMAKLUMAN BANTUAN MYKASIH
Penerima yang layak akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Surat pemakluman :
- Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) :
- Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
DAFTAR BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara daftar bantuan MyKasih RM100 setiap bulan seperti berikut :
- Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Macam mana na a0ply
Mcm mn nk aply
Saya mahu mohon
Sekiranya ni ic saya tak ada dalam reckod mykasih mcm mana.dah berkali2 buat
Saya mahu mohon
saya nak mohon.macam mana nak mohon
Nak mohon macam mana tiada rekod
Saya nak daftar mykasih