EKASIH SARA 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

EKASIH SARA 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

Hampir 9 juta rakyat Malaysia yang akan menerima manfaat bantuan SARA yang bernilai sehingga RM1,200 (berdaftar dengan e-Kasih). Manakala yang tidak berdaftar akan dengan e-Kasih akan menerima bantuan sehingga RM300 bagi yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ekasih sara? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 500 KWSP : CHECK SEKARANG

APA ITU EKASIH SARA

Ia merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui pengkalan data e-Kasih yang berstatus miskin dan miskin tegar. Namun bagi tahun 2024, Bantuan SARA juga turut diberikan kepada yang bukan miskin berdasarkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan.

BERAPAKAH KADAR BANTUAN SARA 2024

Kadar Bantuan SARA disalurkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  1. Penerima berstatus Miskin Tegar di bawah data e-Kasih :
    • Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal mempunyai anak akan menerima RM1,200 setahun.
    • Warga Emas tiada pasangan akan menerima RM1,200 setahun.
    • Bujang berpendapatan rendah / OKU akan menerima RM600 setahun.
  2. Penerima berstatus Miskin di bawah data e-Kasih :
    • Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal mempunyai anak akan menerima RM1,200 setahun.
    • Warga Emas tiada pasangan akan menerima RM1,200 setahun.
    • Bujang berpendapatan rendah / OKU akan menerima RM600 setahun.
  3. Penerima berstatus Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar :
    • Isi Rumah berpasangan akan menerima RM300 setahun.
    • Warga Emas tiada pasangan akan menerima RM150 setahun.
    • Bujang akan menerima RM150 setahun.

BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2024

Tarikh kredit Bantuan SARA adalah berbeza mengikut alamat penerima seperti berikut :

  1. Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Mula dikreditkan pada 22 Januari 2024 dan seterusnya pada 1 haribulan setiap bulan (Januari – Disember 2024) dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
  2. Penerima yang beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dikreditkan secara 2 kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

BAGAIMANAKAH CARA KREDIT BANTUAN SARA 2024

Cara kredit Bantuan SARA adalah berbeza mengikut alamat penerima seperti berikut :

  1. Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan melalui Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.
  2. Penerima yang beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank atau secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

EKASIH SARA 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan SARA melalui antara dua (2) Portal rasmi yang berbeza seperti berikut :

  • CARA CHECK STATUS DI PORTAL RASMI MYKASIH :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • CARA CHECK STATUS DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • SARA :
  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “EKASIH SARA 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA”

Leave a Comment