ISRAK MIKRAJ 2025 NEGERI MANA CUTI

ISRAK MIKRAJ 2025 NEGERI MANA CUTI

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada malam 27 Rejab. Peristiwa ini memperingati perjalanan luar biasa Nabi Muhammad s.a.w yang dibawa oleh Allah s.w.t. dalam dua fasa:

  1. Israk: Perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem menaiki Buraq, haiwan tunggangan khas yang sangat pantas.
  2. Mikraj: Perjalanan spiritual dari Masjidil Aqsa ke langit ketujuh dan bertemu Allah s.w.t. di Sidratul Muntaha. Di sini, Nabi Muhammad menerima perintah solat lima waktu sebagai ibadah utama umat Islam.

Peristiwa ini mempunyai banyak pengajaran berkaitan keimanan, tanggungjawab, dan hubungan manusia dengan Allah.

BACA JUGA DI SINI : TARIKH BAYARAN MyKASIH 2025 (PANDUAN LENGKAP CARA PENGUNAAN)

ISRAJ MIKRAJ 2025 NEGERI MANA CUTI

Di Malaysia, Israk dan Mikraj disambut dengan majlis ilmu, ceramah agama, dan bacaan doa sebagai tanda mengingati mukjizat besar ini.

Ia juga merupakan cuti umum di negeri Kedah, Negeri Sembilan,Terengganu dan Perlis, menunjukkan penghormatan masyarakat tempatan terhadap peristiwa bersejarah ini.

ISRAK MIKRAJ 2025 NEGERI MANA CUTI

TAHUN TARIKH HARICUTINEGERI
202527 JanuariIsninIsrak MikrajKedah,Negeri Sembilan,Terengganu & Perlis

AMALAN HARI ISRAK MIKRAJ

  1. Memperbanyak Istighfar
    • Apabila di dalam kesusahan, amalan istighfar boleh mengangkat kesusahan kita. Dia mengingatkan, bulan Rejab sebagai bulan istighfar kerana Allah akan mengampuni seberapa pun banyak dosa kita.
  2. Berpuasa
    • Dengan niat “nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunatan lillahi ta’alaa”. Bulan ini juga boleh dipratikkan untuk memperbanyak puasa sunnah dalam bentuk apa pun. Seperti puasa Isnin dan Khamis.

DOA ISRAK MIKRAJ

“Siapa saja yang membaca doa ini pada malam 27 Rejab, akan Allah Taala ijabah segala doanya, diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya dengan aneka kebaikan.

Inilah doa sesuai dibaca malam Isra Miraj:

اللهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ بِمُشَاهَدَةِ أَسْرَارِ الْمُحِبِّيْنَ، وَبِالْخَلْوَةِ الَّتِي خَصَّصْتَ بِهَا سَيِّدَ الْمُرْسَلِيْنَ، حِيْنَ أَسْرَيْتَ بِهِ لَيْلَةَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِيْنَ، أَنِ ارْحَمْ قَلْبِي الْحَزِيْنَ، وَتُجِيْبَ دَعْوَتِي يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.

Artinya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan keagungan diperlihatkannya rahsia-rahsia para ahlul mahabbah dengan kemuliaan khalwat (pertemuan tersembunyi) yang hanya Engkau berikan kepada Nabi Muhammad pemimpin para Rasul ketika Engkau berikan kesempatan kepada beliau pada malam 27 Rejab, berikanlah hatiku yang sedang galau akan kasih sayang-Mu serta kabulkan doa-doaku, Wahai yang Maha memiliki kedermawanan.

ZIKIR ISRAK MIKRAJ

Zikir yang pernah diajarkan Nabi Ibrahim untuk Nabi Muhammad Saw ketika Rasulullah mengalami peristiwa Isra Miraj. Ketika Nabi Muhammad sampai di langit ketujuh. Nabi Ibrahim mengajarkan zikir yang nantinya menjadi tanaman subur di syurga.

Berikut ini zikir yang diajarkan Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Isra Miraj yang dianjurkan dibaca oleh umat Rasulullah:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ (Laa haula walaa quwwata illa billah)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Rujuk di sini Jabatan Mufti untuk rujukan Kisah Israk Mikraj.

Leave a Comment