JADUAL BAYARAN PENCEN 2026 – TARIKH RASMI UNTUK PESARA KERAJAAN

JADUAL BAYARAN PENCEN 2026 – TARIKH RASMI UNTUK PESARA KERAJAAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan jadual pembayaran pencen rasmi untuk tahun 2026. Bagi pesara kerajaan, anda boleh menyemak jadual bayaran pencen di Portal Rasmi KWAP melalui pautan berikut : https://www.kwap.gov.my/my/

JADUAL BAYARAN PENCEN 2026

Pencen merupakan salah satu faedah penting bagi pesara kerajaan di Malaysia. Sebagai penghargaan atas jasa mereka kepada negara, pesara kerajaan menerima bayaran pencen bulanan yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank.

Berikut dikongsikan jadual pembayaran, cara semak status bayaran, dan tindakan yang boleh diambil oleh pesara untuk memastikan bayaran pencen editerima tepat pada masanya.

JADUAL BAYARAN PENCEN 2026

Berikut adalah tarikh rasmi pembayaran pencen 2026 yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pencen, JPA :

BulanTarikh Bayaran Pencen 2026Hari
Januari20 Januari Selasa
Februari11 Februari Rabu
Mac12 Mac Khamis
April16 April Khamis
Mei19 Mei Selasa
Jun19 Jun Jumaat
Julai21 Julai Selasa
Ogos20 OgosKhamis
September22 September Selasa
Oktober21 Oktober Rabu
November20 November Jumaat
Disember18 DisemberJumaat
TARIKH BAYARAN PENCEN 2026

Nota : Tarikh di atas adalah berdasarkan pengumuman rasmi daripada JPA dan mungkin berubah disebabkan keadaan tertentu atau perubahan polisi kerajaan. Oleh itu, pesara dinasihatkan untuk sentiasa menyemak pengumuman terkini di portal rasmi JPA.

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN PENCEN

Sebagai pesara, adalah penting untuk memastikan bayaran pencen diterima tepat pada waktunya. Berikut ialah cara untuk melihat bayaran pencen dan penyata anda (slip gaji pencen) jika anda seorang pesara Kerajaan Malaysia :

Semakan Melalui Laman Web MyPesara KWAP

  • Layari laman web MyPesara : https://portalmypesara.kwap.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda, nombor akaun pencen, dan pilih tahun yang anda mahu semak.
  • Isi Captcha dan klik butang hantar.
  • Jika semua betul, penyata bayaran pencen bulanan dan kenaikan SSPA anda akan terpapar.
  • Anda boleh buat semakan ini beberapa hari selepas duit pencen masuk untuk pastikan semuanya betul.
SEMAKAN BAYARAN PENCEN MELALUI MYPESARA KWAP

Semak Melalui Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  • Layari laman Rasmi JPA di : https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  • Masukkan 12 digit nombor MyKad anda (tanpa tanda –) dan nombor akaun pencen anda (yang ada pada kad pesara). Pilih tahun yang anda mahu (dari 2010 hingga sekarang) dan klik Hantar.
  • Anda hanya boleh cetak penyata pada hari pembayaran atau sehari selepasnya.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Di laman web ini, anda juga boleh melihat makluman tentang bayaran pencen, semak status permohonan, bantuan untuk urusan jenazah, dan lain-lain.

Semakan Menggunakan Aplikasi MyPesara

  • Muat turun aplikasi MyPesara di Google Play Store atau tempat lain.
  • Log masuk dan anda boleh lihat penyata bayaran pencen, notifikasi bayaran terkini, dan maklumat tentang faedah anda terus di telefon.
APLIKASI MYPESARA

Anda juga boleh semak Jadual Bayaran Pencen 2025 untuk tahu tarikh bayaran pencen setiap bulan. JPA dan KWAP sudah tetapkan tarikh-tarikh ini.

KELEWATAN BAYARAN PENCEN DAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

Walaupun kerajaan berusaha untuk memastikan pembayaran pencen dibuat tepat pada masanya, kelewatan mungkin berlaku disebabkan masalah teknikal atau kesilapan dalam pengurusan. Oleh itu, pesara perlu peka dan tahu tindakan yang perlu diambil jika berlaku kelewatan bayaran pencen.

Langkah-langkah yang perlu diambil :

  • Semak Status Bayaran : Pesara disarankan untuk menyemak status bayaran dengan segera melalui portal JPA atau aplikasi MyPesara. Pastikan anda juga menyemak notifikasi penting berkaitan bayaran tersebut.
  • Hubungi JPA atau KWAP : Jika bayaran pencen tidak diterima pada tarikh yang dijadualkan, hubungi Bahagian Pencen JPA untuk mendapatkan penjelasan. Anda boleh menghubungi mereka melalui telefon atau e-mel yang disediakan di laman web rasmi.
  • Semak Akaun Bank : Kadangkala, bayaran mungkin telah diproses, tetapi tidak diterima disebabkan isu bank atau akaun yang belum dikemas kini. Pastikan akaun bank yang didaftarkan adalah betul dan aktif.

KEPENTINGAN PENYATA PENCEN

Penyata pencen adalah dokumen penting bagi setiap pesara. Ia mengandungi maklumat tentang jumlah bayaran pencen yang diterima setiap bulan serta rekod bayaran yang lalu. Adalah penting untuk memantau penyata pencen bagi memastikan semua maklumat adalah tepat dan sebarang perubahan pada bayaran dapat dikesan lebih awal.

Jika ada sebarang ketidaksesuaian pada penyata pencen, laporkan segera kepada JPA untuk tindakan pembetulan. Dengan memantau penyata pencen dengan teliti, pesara boleh memastikan mereka menerima jumlah yang betul dan tiada bayaran yang tertinggal.

KENAIKAN PENCEN 2026

Pada tahun 2026, pesara kerajaan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) juga akan menerima kenaikan pencen. Pesara yang layak akan menerima kenaikan pencen berdasarkan pelarasan gaji akhir mereka. Kenaikan ini adalah usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan pesara yang telah berkhidmat lama dalam sektor awam.

KENAIKAN PENCEN 2026

RUMUSAN

Pembayaran pencen adalah hak pesara yang perlu dipastikan diterima tepat pada masanya. Dengan mengetahui tarikh pembayaran pencen 2026 dan memantau status bayaran melalui portal rasmi dan aplikasi, pesara boleh merancang kewangan dengan lebih baik. Jangan lupa untuk menyemak penyata pencen setiap bulan untuk memastikan tiada bayaran yang terlepas. Jika ada sebarang masalah, hubungi Bahagian Pencen JPA atau KWAP untuk mendapatkan bantuan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa yang perlu saya lakukan jika tidak menerima bayaran pencen pada tarikh yang dijadualkan?

Semak status bayaran melalui portal rasmi JPA atau MyPesara dan hubungi Bahagian Pencen JPA untuk penjelasan lanjut.

Bagaimana cara untuk menukar akaun bank untuk pembayaran pencen?

Anda perlu mengisi borang permohonan dan menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada JPA. Sila semak prosedur penuh di portal rasmi JPA.

Bilakah Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 akan dibayar?

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM250.00 dijangka akan dibayar pada Awal Mac 2026, iaitu bersempena dengan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh bayaran pencen 2026, semakan penyata pencen, kenaikan pencen dan sebagainya, sila layari :

Leave a Comment