JAWATAN KOSONG BKSF JABATAN PERDANA MENTERI : BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA

JAWATAN KOSONG BKSF JABATAN PERDANA MENTERI : BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA

Bahagian Kawal Selia Felda (BKSF) Jabatan Perdana Menteri, mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi segera kekosongan jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S22, Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S44, dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG JKR : JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
22 DISEMBER 2023 (JUMAAT)

JAWATAN KOSONG BKSF YANG DITAWARKAN

BIL.JAWATANGREDKEKOSONGAN
1.PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKATGRED S222
2.PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKATGRED S442
3.PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKATGRED S481

GAJI / TEMPOH LANTIKAN JAWATAN KOSONG BKSF JABATAN PERDANA MENTERI

JAWATANGAJITEMPOH LANTIKAN
PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S22Minimum : RM2,252.00
Maksimum : RM4,693.00
2 Tahun
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S44Minimum : RM3,351.00
Maksimum : RM10,406.00
2 Tahun
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S48Minimum : RM5,117.00
Maksimum : RM11,632.00
2 Tahun

SYARAT & KRITERIA KELAYAKAN

  1. Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 :
    • Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan;
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (sekurang-kurangnya Gred C) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun bekerja dalam bidang sosial atau pembangunan masyarakat atau bidang yang berkaitan dengannya.
  2. Pegawai Pembangunan Masyarakat S44 :
    • Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan;
    • Memiliki Ijazah Sarjana muda dalam bidang Sains Sosial atau berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun bekerja dalam bidang sosial atau pembangunan masyarakat atau bidang yang berkaitan dengannya.
  3. Pegawai Pembangunan Masyarakat S48 :
    • Warganegara Malaysia; berumur 18 tahun ke atas;
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial atau berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun bekerja dalam bidang sosial atau pembangunan masyarakat atau bidang yang berkaitan dengannya.

KEMUDAHAN DAN INSENTIF YANG DITAWARKAN BKSF JABATAN PERDANA MENTERI

  • Elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred S22, Gred S44, dan Gred S48.
  • Kemudahan dan faedah pegawai kontrak (Contract of Services).

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG BKSF JABATAN PERDANA MENTERI

  1. Sila layari Portal Rasmi Bahagian Kawal Selia Felda (BKSF) Jabatan Perdana Menteri; atau klik pautan di sini : https://bksf.jpm.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada butang [SUMBER] dan klik pada [Jawatan Kosong] di bawah.
  3. Anda akan dipaparkan jawatan kosong terkini di BKSF.
  4. Seterusnya, pilih jawatan yang anda inginkan; Contoh : Pembantu Pembangunan Masyarakat S22.
  5. Klik pada permohonan [Mohon] yang bertanda biru.
  6. Anda akan dipaparkan bahagian permohonan berbentuk Google Form.
  7. Tandakan pada pilihan Jawatan Dipohon.
  8. Tekan butang [Next] di bawah.
  9. Isikan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  10. Sila muat turun keputusan Bahasa Melayu diperingkat SPM anda.
  11. Kemudian tekan butang [Next].
  12. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  13. Klik butang [Next].
  14. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  15. Tandakan pada bahagian perakuan diri (/).
  16. Tekan butang [Hantar].
  17. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong di atasa sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi talian : 03-8872 5217 (En. Mohd Kamari bin Azhar)
  • Hubungi talian : 03-8872 5216 (Puan Normaizura binti Nor)
  • Emel ke : [email protected]

Leave a Comment