JAWATAN KOSONG JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (NEGERI SELANGOR)

JAWATAN KOSONG JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (NEGERI SELANGOR)

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Jabatan Periakanan Malaysia (Negeri Selangor)  membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.

PENGENALAN

Tugas Jabatan Perikanan

1. Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.
2. Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.
3. Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.

JAWATAN KOSONG JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (NEGERI SELANGOR)

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

MAKLUMAT JAWATAN

  1. PEMBANTU PERIKANAN

Jenis Jawatan: MySTEP
Tempoh: 1 tahun
Gaji: RM1,600/sebulan
Manfaat: Caruman KWSP & PERKESO
Penempatan: Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat, Komplek Penghulu Mukim Semenyih, 43500, Kajang, Selangor.

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM;
  • Kemahiran menggunakan Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).

CARA MEMOHON

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem MySTEP – DI SINI.

Pemohon diwajibkan untuk mengisi Kod Permohonan di ruang nama pemohon semasa membuat permohonan iaitu: DOF.SEL.UKP:500-3/3/4.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 MAC 2022, KHAMIS (SEBELUM JAM 12 TENGAH HARI).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

JAWATAN LAIN

 

 

 

Leave a Comment