JAWATAN KOSONG JKR : JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

JAWATAN KOSONG JKR : JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang ingin mempelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi segera kekosongan jawatan sebagai Penolong Jurutera Gred JA29 yang bertaraf lantikan Kontrak.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG LPSVN : LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG JKR

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
18 DISEMBER 2023 (Isnin)

JAWATAN KOSONG JKR YANG DITAWARKAN

BIL.JAWATANKEKOSONGANTARAF
LANTIKAN
GAJI
1.PENOLONG JURUTERA GRED JA292 KekosonganKONTRAKRM1,900.00

SYARAT KELAYAKAN

Calon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada akhir tutup iklan jawatan kosong;
  • Mempunyai diploma dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan berkemahiran dalam infografik (e.g.; Canva/prezi/filmora atau setaraf microsoft office terutamanya Microsoft Word, Excel, dan power point).
  • Mempunyai kemahiran dalam pengendalian media sosial terkini; dan
  • Mampu mengendalikan kamera DSLR atau mempunyai skill dalam mengambil gambar yang setaraf.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal didalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang pejabat;
  • Membantu penyediaan rekod gambar kemajuan dan perkembangan terkini projek pembangunan JKR Pahang;
  • Membantu Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dalam program-program rasmi jabatan.

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada peraturan semasa Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG JKR PAHANG

  1. Kemukakan resume dan salinan dokumen serta sijil yang telah disahkan seperti berikut :
    • Sekeping gambar terkini;
    • Transkrip Diploma;
    • Sijil SPM / SPMV / STPM;
    • Sijil Tamat Persekolahan serta Sijil berkaitan; dan
    • Membawa hasil seni kreatif yang pernah dihasilkan ketika sesi temuduga.
  2. Pemohon boleh terus menghantar permohonan ke :
ALAMAT
Unit Sumber Manusia,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang,
Tingkat 12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan.

*Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hubungi : 09-571 7000 JKR Negeri Pahang.

Rujuk portal rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang : https://jkr.pahang.gov.my/

Leave a Comment