JAWATAN KOSONG LPSVN : LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan ini ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pereka Gred B31 dan Jurufotografi Gred B19 bertaraf Kontrak.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG KPT : KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN LPSVN |
---|
22 DISEMBER 2023 |
JAWATANG KOSONG LPSVN YANG DITAWARKAN
BIL. | JAWATAN | GRED | TARAF LANTIKAN |
---|---|---|---|
1. | PEREKA GRED | GRED B31 | KONTRAK |
2. | JURUFOTOGRAFI GRED | GRED B19 | KONTRAK |
JADUAL GAJI
PEREKA GRED B31 | JURUFOTOGRAFI GRED B19 |
---|---|
GAJI MINIMUM = RM2,851.00 GAJI MAKSIMUM = RM6,263.00 | GAJI MINIMUM = RM1,360.00 GAJI MAKSIMUM = RM4,032.00 |
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM 115.00 | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM 100.00 |
SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG LPSVN
Syarat-syarat lantikan adalah berbeza mengikut jawatan dan gred yang ditawarkan seperti berikut :
SYARAT LANTIKAN JAWATAN PEREKA GRED B31
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut atau Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan
- Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- (Gaji permulaan ialah B31: RM2,851.00)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B19
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- (Gaji permulaan: RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan: RM1,418.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan: RM1,476.24).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG LPSVN
- Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).
- Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian LPSVN (https://www.artgallery.gov.my/) akan diproses.
- Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
Atau Permohonan Jawatan secara atas talian (Online) Di sini : https://artgallery.antara.cc/forms/borang-jawatan-kosong-lembaga-pembangunan-seni-visual-negara-2023-disember-T6pTcg.
PERMOHONAN YANG DITOLAK
Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan :
- Tidak memohon jawatan melalui dalam talian;
- Tidak disertakan gambar berukuran pasport;
- Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
- Tidak lengkap dan tidak jelas; dan
- Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.
CATATAN AM
- Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
- Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.