JAWATAN KOSONG TERKINI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT : JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan memenuhi kelayakan untuk mengisi segera kekosongan jawatan sebagai Pegawai Komunikasi Strategik , Jurufoto / Video dan Personel MySTEP.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG JPW : JABATAN PEMBANGUNAN WANITA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TEMPAT | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
---|---|
Putrajaya | 15 DISEMBER 2023 |
Kuala Lumpur | 22 DISEMBER 2023 |
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
BIL. | JAWATAN | GRED | GAJI |
---|---|---|---|
1. | PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK (PERSONEL MySTEP) | S41 | RM2,100 |
2. | JURUFOTO / VIDEO (PERSONEL MySTEP) | S29 | RM1,900 |
3. | PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI (PERSONEL MySTEP) | S29 | RM1,900 |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
- PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK (PERSONEL MySTEP) S41 :
- Warganegara Malaysia berumur 20 hingga 35 tahun;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan;
- Berkemahiran dalam penghasilan kandungan media sosial dan menyediakan copywriting;
- Berkebolehan dalam pemantauan berita, isu semasa dan komunikasi strategik;
- Berkemahiran dalam penghasilan infografik & kerja-kerja grafik; dan
- Calon yang mahir menggunakan Adobe Illustrator, Adobe Photoshop adalah satu kelebihan.
- JURUFOTO / VIDEO (PERSONEL MySTEP) S29 :
- Warganegara Malaysia yang berumur 20 hingga 35 tahun;
- Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf;
- Berkemahiran mengedalikan kamera, peralatan studio & rakaman video;
- Berkebolehan dalam editing gambar & video;
- Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop dan lain-lain perisian yang berkaitan; dan
- Berkebolehan menggunakan OBS serta mahir dalam mengendali live streaming.
- PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI (PERSONEL MySTEP) S29 :
- Warganegara Malaysia berusia 21 hingga 35 tahun;
- Memiliki Diploma / STPM;
- Menjiwai dan mempunyai minat yang tinggi dalam kerja-kerja kebajikan.
KELEBIHAN YANG DITAWARKAN
- Caruman KWSP dan PERKESO.
- Kemudahan cuti rehat dan cuti sakit.
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
- Permohonan jawatan kosong Personel MySTEP S41 & S29 :
- Sediakan dokumen-dokumen seperti :
- Resume terkini berserta gambar berukuran passport;
- Salinan Kad pengenalan;
- Salinan Sijil SPM;
- Salinan Sijil Diploma / Ijazah atau setaraf; dan
- Salinan Sijil-sijil akademi.
- Emelkan ke : [email protected]
- Sediakan dokumen-dokumen seperti :
- Permohonan jawatan kosong Personel MySTEP s29 :
- Kemukakan dokumen-dokumen seperti :
- Resume terkini berserta gambar berukuran passport;
- Salinan Kad pengenalan;
- Salinan Sijil SPM;
- Salinan Diploma; dan
- Salinan Sijil-sijil akademi.
- Emelkan ke : [email protected]
- Atau hantar ke alamat :
- Kemukakan dokumen-dokumen seperti :
ALAMAT JKM KL |
---|
UNIT KOMUNITI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, Aras Bawah, 16-18 Menara Teo Chew, No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi talian : 03-4010 4052 (Puan Norfarhani).
Atau rujuk portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09.