JAWATAN KOSONG UITM PAHANG 2023 : PERMOHONAN ONLINE

JAWATAN KOSONG UITM PAHANG 2023 : PERMOHONAN ONLINE

Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

BACA JUGA : PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MPAJ : MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG UITM PAHANG 2023

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
18 DISEMBER 2023 (Isnin)

SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN UiTM PAHANG 2023

BIL.JAWATANGREDTARAF PERKHIDMATAN
1.Pegawai PertanianG41Tetap

JADUAL GAJI

MINIMUMMAKSIMUM
RM2,084.00RM9,551.00

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • (Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2,390.37); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • (Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2,492.57)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek BahasaMelayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) ; dan
  • Had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG UITM PAHANG 2023

  1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
  2. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di : http://pahang.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.
  3. Sila kemukakan permohonan kepada :
    • TIMBALAN PENDAFTAR KANAN BAHAGIAN PENTADBIRAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA, 26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR.
  4. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau badan berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
  5. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :-
    • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Menengah
    • Salinan Sijil PMR/MCE/SPM, HSC/STPM, Ijazah/Diploma atau setaraf
    • Surat Pengesahan tempoh pekerjaan daripada majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.
  6. Pemohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.

*Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Leave a Comment