JENIS PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 : SEMAK PENGELUARAN YANG DIBENARKAN 2025
Mulai 11 Mei 2024, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstruktur semula akaun ahlinya kepada tiga jenis: Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.
BACA JUGA DI SINI : BACA JUGA DI SINI : BANTUAN HARI RAYA 2025 : CARA MOHON BANTUAN I-FITRI ONLINE
JENIS PENGELUARAN KHAS KWSP 2025
Setiap akaun ini mempunyai tujuan dan jenis pengeluaran yang dibenarkan seperti berikut:
- Akaun Persaraan:
- Bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.
- Simpanan dalam Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.
- Walau bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
- Akaun Sejahtera:
- Bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
- Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan, tertakluk kepada terma dan syarat KWSP, seperti:
- Perumahan:
- Pembelian rumah
- Pembinaan rumah
- Menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Perumahan PR1MA
- Pendidikan:
- Membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak
- Kesihatan:
- Menampung perbelanjaan perubatan atau peralatan perubatan
- Perlindungan Insurans/Takaful
- Haji:
- Membiayai perbelanjaan menunaikan ibadah haji
- Umur 50 Tahun:
- Pengeluaran sebahagian apabila mencapai umur 50 tahun
- Akaun Fleksibel:
- Bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
- Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran hanya digunakan untuk keadaan kecemasan dan keperluan mendesak sahaja.
Selain itu, terdapat juga pengeluaran yang dibenarkan tanpa mengira jenis akaun, seperti:
- Hilang Upaya: Pengeluaran penuh jika ahli mengalami hilang upaya.
- Kematian: Pengeluaran penuh oleh penama atau waris ahli yang telah meninggal dunia.
- Meninggalkan Negara: Pengeluaran penuh bagi ahli yang meninggalkan Malaysia secara kekal.
- Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan: Pengeluaran penuh bagi ahli yang berkhidmat di sektor awam dan telah bersara.
- Simpanan Melebihi RM1 Juta: Ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh membuat pengeluaran.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
BILAKAH PENGELUARAN KHAS KWSP 2025?
Pada 4 Mac 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa KWSP boleh mempertimbangkan pengeluaran dana simpanan bagi kes-kes tertentu yang bersifat kritikal.
Ini bermakna, bagi ahli yang menghadapi situasi kewangan mendesak, terdapat kemungkinan untuk mendapatkan kelulusan pengeluaran khas berdasarkan pertimbangan secara kes demi kes, meskipun di luar syarat dan kaedah sedia ada.
Namun begitu pengeluaran khas kwsp 2025 masih dalam pertimbangan dan tiada keputusan rasmi yang dibuat oleh kerajaan untuk membolehkan pengeluaran khas kwsp.
CARA MOHON PENGELUARAN KWSP 2025
Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu cara ahli untuk mengakses simpanan mereka.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara pengeluaran Akaun 1 & Akaun 2, serta jenis yang dibenarkan untuk keluarkan duit epf.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran simpanan mereka berdasarkan keperluan tertentu. Akaun KWSP terbahagi kepada:
- Akaun 1: Simpanan untuk hari tua.
- Akaun 2 (Akaun Sejahtera): Simpanan untuk keperluan seperti pendidikan dan perumahan.
- Akaun 3 (Akaun Fleksibel): Simpanan tambahan bagi ahli yang layak.
CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 1
Untuk membuat pengeluaran duit kwsp Akaun 1 online untuk peribadi, anda boleh ikut langkah berikut:
- Log masuk ke i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/.
- Pilih “Akaun 1” dan isi borang permohonan kwsp online.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad.
- Hantar permohonan pengeluaran akaun persaraan secara online
CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 2
- Log masuk ke portal i-Akaun KWSP.
- Pergi ke menu Pengeluaran.
- Pilih jenis pengeluaran yang ingin dibuat.
- Isi maklumat & muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan dan tunggu kelulusan.
Duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam 5-7 hari bekerja (bergantung pada jenis pengeluaran).
JENIS PENGELUARAN KHAS KWSP 2025
Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan untuk tujuan berikut:
Pembelian Rumah
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua.
- Boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan.
- Cara mohon:
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu Pengeluaran > Perumahan.
- Ikut arahan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
Pendidikan
- Bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf.
- Cara mohon:
- Log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih menu Pengeluaran > Pendidikan.
- Lengkapkan permohonan dan sertakan dokumen seperti surat tawaran & resit bayaran.
Kesihatan
- Untuk membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan.
- Cara mohon:
- Log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih Pengeluaran > Kesihatan.
- Muat naik dokumen seperti laporan perubatan & bil rawatan.
Pengeluaran Umur 50 Tahun
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun.
- Cara mohon:
- Log masuk i-Akaun KWSP atau pergi ke kaunter KWSP.
- Pilih Pengeluaran > Umur 50 Tahun.
- Lengkapkan borang & sertakan salinan IC.
i-Sayang & i-Lindung
- i-Sayang: Pindahkan 2% caruman KWSP kepada akaun pasangan.
- i-Lindung: Guna Akaun 2 untuk beli insurans hayat & kesihatan.
- Cara mohon:
- Boleh dilakukan melalui i-Akaun KWSP atau di kaunter KWSP.
CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 3
Pengeluaran ini memerlukan anda mengikut langkah seperti di bawah ini:
- Log masuk ke i-Akaun.
- Pilih kategori “Pengeluaran Fleksibel” di portal.
- Isi borang dengan maklumat lengkap dan muat naik dokumen sokongan.
- Sahkan permohonan dan tunggu kelulusan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan mengenai pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP melalui saluran berikut:
Laman Web Rasmi KWSP
www.kwsp.gov.my
Pusat Khidmat Pelanggan KWSP
03-8922 6000
Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang
E-Mel Rasmi KWSP
Kunjungi Pejabat KWSP Terdekat
Cawangan KWSP di seluruh Malaysia.
Semak lokasi cawangan di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
Media Sosial KWSP
- Facebook: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
- Twitter/X: https://twitter.com/kwspmalaysia
- Instagram: https://www.instagram.com/kwspmalaysia/
Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, anda boleh menghubungi talian KWSP atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk mendapatkan nasihat secara terus.