JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAK KADAR RASMI SEKARANG
Butiran maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) adalah dari pangkalan data e-Kasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Bagaimanakah semak jumlah bantuan ekasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK SEKARANG & LIHAT SYARAT KELAYAKAN
APA ITU BANTUAN EKASIH
eKasih bukanlah bantuan, tetapi ia merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.
JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025
Terdapat pelbagai bantuan yang disalurkan kepada penerima melalui hasil data daripada e-Kasih, antaranya ialah :
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025;
- Sumbangan i-Suri KWSP;
- Bantuan untuk Ibu Tunggal dan Warga Emas (JKM);
- Bantuan OKU dan anak yatim (JKM); termasuk
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
KOMPONEN MAKLUMAT BANTUAN EKASIH 2025
Sembilan (9) Komponen maklumat yang diperlukan untuk berdaftar dengan e-Kasih :
- Butiran Ketua Isi Rumah (KIR); dan
- Butiran Ahli Isi Rumah (AIR);
- Lokasi kediaman;
- Tahap pendidikan;
- Kemahiran dan pekerjaan;
- Harta;
- Kesihatan;
- Bantuan yang diterima; dan
- Pendapatan.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH
Untuk mengetahui kelayakan e-Kasih, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.