JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Penerima bantuan STR yang sedia ada pada penyaluran fasa kedua (2) adalah berjumlah seramai 8.4 juta dan penerima bagi fasa ketiga (3) telah meningkat seramai 8.5 juta rakyat dewasa dari pelbagai kategori akan menerima tunai sehingga RM650 mengikut kelayakan.

Bagaimanakah semak kelayakan jumlah bantuan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 3 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK STATUS ONLINE SEKARANG

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2024

Berikut adalah jumlah bantuan STR fasa ketiga (3) bagi penerima sedia ada :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR FASA 3 2024
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
0 anak : RM150
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga Emas (Bujang)RM150
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM50
*Nota : Jumlah bantuan untuk fasa ketiga (3) di atas tidak termasuk penerima baharu dan rayuan.

TARIKH BANTUAN STR FASA 3 2024

Bantuan STR fasa ketiga (3) bagi tahun 2024 akan disalurkan kepada penerima pada tarikh berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
STR FASA 3
Penerima Sedia Ada29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024
Penerima Baharu
dan Rayuan
18 September 2024 hingga 20 September 2024

IMPLIKASI BANTUAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan jumlah implikasi STR untuk fasa ketiga (3) bagi tahun 2024 :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
PENERIMA
IMPLIKASI
KEWANGAN
(RM)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta1.1 billion
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta0.2 billion
Warga Emas (Bujang)1.2 juta0.2 billion
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
3.3 juta0.2 billion
*Nota : Jumlah keseluruhan implikasi kewangan adalah sebanyak RM1.7 billion.

SEMAKAN KELAYAKAN JUMLAH STR FASA 3 2024

Untuk mengetahui jumlah kelayakan bantuan STR fasa ketiga (3), ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pada ruangan (contoh : 83XXXXXXXXXX).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Jumlah bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.

Leave a Comment