JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK SEKARANG
Kumpulan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 akan diperluaskan kepada tiga (3) golongan dengan pertambahan satu (1) golongan ketimbang tahun 2024 hanya dua (2) golongan yang layak dan setiap penerima akan menerima jumlah yang berbeza.
Bagaimanakah semak jumlah bantuan sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : STR FASA 4 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN
SENARAI KUMPULAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Berikut merupakan senarai kumpulan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 :
BIL. | KUMPULAN PENERIMA | KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|---|---|
1. | MISKIN TEGAR | Isi Rumah, Warga Emas & Bujang | 0.2 juta |
2. | MISKIN | Isi Rumah, Warga Emas & Bujang | 0.5 juta |
3. | BUKAN MISKIN | Isi Rumah, Warga Emas & Bujang | 4.7 juta |
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan dengan jumlah yang berbeza bagi setiap penerima mengikut kelayakan seperti berikut :
KUMPULAN PENERIMA | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|---|
MISKIN TEGAR | RM1,200 | RM1,200 | RM600 |
MISKIN | RM1,200 | RM1,200 | RM600 |
BUKAN MISKIN | RM900 | RM450 | RM0 |
CARA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH DISALURKAN
Secara lazimnya, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan kepada penerima melalui dua (2) cara, iaitu :
- Secara tanpa tunai melalui MyKad penerima; atau
- Secara tunai melalui akaun bank penerima.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas, semakan boleh dilakukan pada pautan rasmi di bawah :
- Sila klik pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan MyKad*.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pada tahun 2025, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah. Namun, untuk menerima bantuan berjumlah RM1,200 perlu mendaftar eKasih melalui :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.