JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : SEMAK KADAR RASMI SEKARANG

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : SEMAK KADAR RASMI SEKARANG

Ketimbang peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun 2024 iaitu sebanyak 10 billion ringgit (RM), bagi tahun 2025 peruntukan dinaikkan sebanyak 3 billion ringgit (RM) menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 13 billion ringgit (RM) untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semak kadar jumlah bantuan sumbangan tunai rahmah rasmi? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAK KADAR RASMI SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasnya STR adalah sebuah inisiatif bantuan tunai daripada kerajaan yang khusus disalurkan kepada rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdehana bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dengan meningkatkan dayatahan kewangan melalui bantuan tunai.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Seiring dengan peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan, jumlah bantuan yang akan diterima oleh lebih 9 juta rakyat dewasa di Malaysia merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan dinaikkan.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
2025
ISI RUMAH B40
(Pendapatan bawah RM2,500)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
ISI RUMAH M40
(Pendapatan bawah RM5,000)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
WARGA EMASRM600
BUJANGRM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Lazimnya pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2025 juga sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang akan dibayar kepada penerima secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa bagi sepanjang tahun seperti jadual berikut :

FASATARIKH BAYARAN
Pertama (1)Februari 2025
Kedua (2)April 2025
Ketiga (3)Ogos 2025
Keempat (4)November 2025
*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa dan akan dikemaskini kembali apabila telah diumumkan secara rasmi.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2025 pastinya sama seperti pembayaran pada tahun 2024 iaitu secara pengkreditan tunai melalui akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara tunai di bank.

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Ada akaun bank yang aktifDikreditkan terus ke dalam akaun
bank yang didaftarkan
Tiada maklumat bankDiberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Antara syarat utama adalah penerima haruslah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Isi Rumah :
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah di bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
    • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
    • Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
  • Warga Emas :
    • Berpasangan atau bujang;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan di bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang :
    • Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

PANDUAN PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bagi yang belum memohon Sumbangan Tunai Rahmah, permohonan boleh dibuat pada portal rasmi mengikut panduan berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Nota : Permohonan haruslah mengikut tarikh yang ditetapkan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.

Leave a Comment