JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 TERBARU TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KADAR KELAYAKAN SEKARANG
Pengumuman yang disiarkan dalam media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini telah memaparkan jumlah serta jadual bayaran bantuan tunai STR bagi fasa ketiga (3) yang terbaru akan bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) ini kepada lebih 8.5 juta rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semak kadar kelayakan jumlah bantuan tunai str fasa 3 2024 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 TERBARU TELAH DIUMUMKAN
Berikut merupakan jumlah bantuan tunai STR fasa tiga (3) kepada penerima sedia ada :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Tiada | RM150 |
1 hingga 2 | RM300 |
3 hingga 4 | RM500 |
5 dan ke atas | RM650 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Tiada | RM150 |
1 hingga 2 | RM200 |
3 hingga 4 | RM250 |
5 dan ke atas | RM300 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 |
---|
RM150 |
- Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak :
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 |
---|
RM50 |
TARIKH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 TERBARU TELAH DIUMUMKAN
Menurut pengumumkan siaran media Kementerian Kewangan (MOF), tarikh untuk bayaran bantuan tunai STR fasa tiga (3) juga telah dijadualkan seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Dari fasa 1) | Bermula : 29/08/2024 (Khamis) Sehingga : 06/09/2024 (Jumaat) |
Penerima Terbaru & Penerima Rayuan | Bermula : 18/09/2024 (Rabu) Sehingga : 20/09/2024 (Jumaat) |
JUMLAH IMPLIKASI KEWANGAN STR FASA 3 2024 TERBARU
Kadar jumlah implikasi kewangan untuk penerima STR fasa ketiga juga bertambah seiring dengan peningkatan jumlah penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA | IMPLIKASI KEWANGAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.0 juta | RM1.1 billion |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 1.0 juta | RM0.2 billion |
Warga Emas (bujang) | 1.2 juta | RM0.2 billion |
Bujang | 3.3 juta | RM0.2 billion |
SEMAK KADAR KELAYAKAN JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 TERBARU
Ikuti cara semak kadar kelayakan jumlah bantuan tunai STR fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM.
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad’ mengikut format (contoh : 870230116789).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.