JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2024 : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2024 : SEMAK SEKARANG

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa sepanjang tahun. Bayaran bagi fasa pertama telah selesai pada bulan Februari dan kini telah memasuki bayaran fasa kedua.

Bagaimanakah semak jumlah bayaran str fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 : SEMAK SEKARANG

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2024

Pembayaran bantuan STR fasa kedua akan disalurkan kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Bayaran Bantuan
STR Fasa 2 2024
Bermula 3 April 2024 (Rabu)
secara berperingkat

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2024

Penerima yang layak akan menerima bayaran STR fasa kedua mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank pemohon / pasangan; atau
  2. Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Status Gagal Kredit; atau
    • Tiada maklumat akaun bank pemohon.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2024

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran bantuan STR yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BAYARAN STR 2024
JUMLAH
BAYARAN STR FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
(0 anak) RM1,000
(1-2 anak) RM1,500
(3-4 anak) RM2,000
(5 ke atas) RM2,500
RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
(0 anak) RM500
(1-2 anak) RM750
(3-4 anak) RM1,000
(5 ke atas) RM1,250
RM100
RM150
RM250
RM300
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600RM150
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350RM100
*Untuk jumlah bayaran STR fasa kedua, pemohon perlu membuat semakan pada portal rasmi MySTR kerana ia dikreditkan berbeza mengikut kelayakan pemohon.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Ikuti cara semakan jumlah bayaran bantuan STR fasa kedua di portal rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR LHDNM; atau klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment