JUMLAH RASMI BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK SEKARANG
Peluasan hasil daripada penyasaran semula subsidi dapat meningkatkan jumlah pemberian bantuan kepada rakyat agar rakyat yang memerlukan mendapat bantuan sewajarnya termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan pada tahun 2025.
Bagaimanakah semak jumlah rasmi bantuan sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN TUNAI KERAJAAN 2025 : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Asas Rahmah atau secara ringkasnya dikenali sebagai ‘SARA’ adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan khas sepanjang tahun untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
JUMLAH RASMI BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sama seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu setiap kategori akan menerima jumlah bantuan yang berbeza berdasarkan kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH RASMI SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | RM900 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | RM900 |
Bujang (60 tahun ke atas) | RM450 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | – |
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025 oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober 2024 di Persidangan Dewan Rakyat, pembayaran bagi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara ansur berperingkat bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah | Bermula April 2025 |
KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Secara lazimnya, kaedah pembayaran Sumbangan Asas Rahmah adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu secara tunai ataupun secara tanpa tunai yang tertakluk kepada penerima bagi setiap negeri :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang | Dikreditkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima |
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima Sumbangan Asas Rahmah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Semakan status boleh dibuat pada pautan rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, pemohon perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan berjaya dibuat, pemohon perlu mendaftar e-Kasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (Belanjawan 2025). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
Mohon rayuan bantuan sara sudah daftar ekasih